NURNABILAHUDA BT MOHD ROSMMY
Berasal daripada nama pokok dan istilah arab
Nama Negeri Melaka telah diambil sebagai satu peristiwa dan satu istilah. Antaranya ialah pokok melaka parameswara berteduh dan seekor pelanduk putih yang telah menendang anjing buruan parameswara . Parameswara terkejut dengan peristiwa yang telah berlaku pada anjing buruannya.
Lagi satu adalah istilah arab yang dipanggil oleh orang arab iaitu mulaqah yang bermaksud pertemuan dan malakat yang bermaksud perhimpunan segala dagang.
kegigihan Parameswara membangunkan kesultanan melayu melaka
Parameswara telah melaksanakan pelbagai langkah untuk membangunkan negeri Melaka. Parameswara telah menyusun pentadbiran supaya teratur dan melantik pembesar-pembesar untuk menjalankan perintah raja dan biduanda kecil untuk membawa alat-alat kebesaran diraja. Beliau bijak merancang dan gigih berusaha untuk memajukan kegiatan perdangangan membaiki kapal, bekalan air bersih dan makanan, tenaga kerja serta tempat penginapan kursus antara kemudahan yang disediakan
Parameswara seorang pemimpin yang menitikberatkan keselamatan Melaka dan telah menjalin hubungan diplomatik dengan siam dan china.