Contact Form

 
         KERAJAAN AGRARIA & KERAJAAN MARITIM
 Nurul Najihah bt Zulkifli 1KAA Kerajaan Agraria.....
Kerajaan Agraria adalah sebuah kerajaan yang melakukan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian.Ia berkembang di kawasan tanah subur,lembangan sungai & kawasan pedalaman.Menjalankan kegiatan berburu,mengutip hasil hutan,menangkap ikan,pertanian & menternak binatang.Hasil utama pertanian ialah ubi taro,padi huma & padi sawah.Membina empangan & saliran untuk pertanian & menternak binatang.Kerajaan Agraria terbahagi kepada dua:

  • Kerajaan Funan
Kerajaan ini diasaskan pada abad pertama masihi & merupakan kerajaan yang terawal di Asia Tenggara.Pusat kerajaan terletak di Vyadhapura.Takungan air,empangan & saliran dibina untuk mengairi kawasan pertanian.Bekalan air diperoleh daripada kawasan persisiran pantai & Sungai Mekong.Selain itu,Sungai Mekong merupakan jalan perhubungan perdagangan.Raja pertama ialah Kaundinya yang menggunakan gelaran Kurung Bnam yang bermaksud,raja-raja gunung.


  • Kerajaan Angkor
Kerajaan ini diasaskan pada abad ketujuh masihi.Kawasan hilir Sungai Mekong merupakan pusat kerajaannya.Kawasan pertaniannya terletak di sekitar tasik Tonle Sap.Zaman kegemilangan dicapai ketika pemerintahan Suryavarnam II.Agama Hindu-Buddha merupakan agama utama.Baray dibina untuk kemudahan pertanian.Baray ialah sebuah kolam air besar untuk mengisi 30 meter padu air.Sistem pemerintahan tertumpu kepada Devaraja iaitu raja yang mempunyai kuasa mutlak.Raa dibantu oleh kerabatnya untuk menjalankan pemerintahan.Angkor Wat merupakan bukti wujudnya agama Hindu-Buddha.Gambar di bawah menunjukkan Angkor Wat yang merupakan sebuah rumah ibadat masyarakat kerajaan Agraria.



Kerajaan Maritim........
Kerajaan Maritim terletak di kawasan persisiran pantai & maelakukan kegiatan yang berkaitan dengan laut.Kegiatan terpenting yang mereka lakukan ialah perdagangan & laut merupakan jalan utamanya.Mereka juga turut menjalankan aktiviti perikanan & membaiki kapal .Kerajaan Maritim terbahagi kepada:
  • Kerajaan Champa
Kerajaan Champa diasaskn oleh Chu Len pada tahun 192 Masihi.Pelabuhannya terletak di Inderapura.Nama Champa tersebut wujud pada 655 Masihi.Terdapat pegawai pemungut cukai yang memungut cukai pada tempat-tempat tertentu.Kerajaan ini diterajui oleh Bhadravarnom.
  • Kerajaan Chih Tu
Kerajaan Chih Tu tidak mempunyai sebarang pelabuhan.Diasaskan pada 6 Masihi oleh Raja Gautama.Seorang raja berkuasa mutlak ke atas kerajaannya.Raja akan dibantu oleh 3 orang menteri.Dipengaruh & agamanya adalah Hindu.
  • Kerajaan Majapahit
Pelabuhannya terletak di Kataha & Temasik.Diasaskan oleh Raden Wijaya.Kerajaan Majapahit mengamalkan Undang-undang Manu dan konsep Devaraja.Raja dibantu olah Perdana Menteri & 4 orang menteri.Agamanya ialan Hindu & Buddha.
  • Kerajaan Srivijaya
Kerajaan ini diasaskan pada 7 Masihi di Palembang.Pelabuhannya juga terletak di Palembang.Raja berkuasa mutlak & menteri sebagai perantara diantar raja dengan rakyat.Mereka mengawal perdagangan di kepulauan Melayu.Terdapat juga pusat pertukangan barang dagangan.Ahli sejarah telah menemui batu bersurat yang bertarikh 683 Masihi.Kerajaan ini dipengaruhi oleh agama Hindu.
  • Kerajaan Kedah Tua 
Diasaskan pada 5 masihi dan dikenali sebagai Cheh-Cha atau Kataha.Kerajaan ini kukuh sejak abad ke-5.Pelabuhan utamanya ialah Lembah Bujang & Sungai Mas.Kerajaan ini merupakan pengeluar padi utama di Tanah Melayu dan juga merupakan pusat persinggahan pelayar dan pusat pertukaran barang.Wang perak,manik dan barangan kaca adalah barang tinggalan sejarah yang ditemui.Dipengaruhi oleh agama Hindu & Buddha.

Total comment

Author

Unknown

0   comments

Cancel Reply