KEGEMILANGAN MELAKA
Oleh
Mohammad Shukri Bin Seliman
1 Baiduri
Parameswara merupakan tokoh yang bertanggungjawab mengasaskan Melaka. Berkat kecekapan dan kegigihan baginda, Melaka telah berubah daripada hanya sebuah perkampungan nelayan kecil menjadi sebuah pusat perdagangan entrepot pada abad ke 15M. Kemuncak kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan entrepot ialah semasa pemerintahan kerajaan Islam di bawah Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansur Syah.
Antara faktor kemunculan pelabuhan Melaka sebagai pelabuhan antarabangsa ialah kedudukannya yang strategik. Menurut Andaya dan Andaya dalam Sejarah Malaysia, Melaka terletak di tengah-tengah jalan perdagangan antara India dan China. Selain itu, pelabuhan ini juga terlindung daripada tiupan angin monsun, kawasan perairannya dalam dan jauh daripada paya bakau. Keadaan ini menjanjikan aktiviti perdagangan dapat dijalankan dengan selamat.
Kehadiran pemimpin yang berwibawa telah menyemarakkan lagi kemunculan Melaka sebagai pelabuhan antarabangsa. Tokoh sepertiParameswara, Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah dan Bendahara Tun Perak telah membawa nama pelabuhan Melaka dikenali seantero dunia.
Peranannya sebagai pusat penyebaran Islam juga membantu merancakkan aktiviti perdagangan Melaka. Empayar Melaka merupakan sebuah empayar Islam. Kisah pengislaman Parameswara menarik minat para pedagang Islam memindahkan kegiatan perdagangan mereka dari Sumatera Utara ke Melaka. Kedatangan mereka yang begitu ramai menjadikan Melaka sebuah pusat perdagangan yang penting.

Hubungan diplomatik yang Melaka jalinkan dengan Chinaternyata tidak sia-sia. Melaka telah mendapat pengiktirafan dan perlindungan China daripada ancaman musuh khasnya Siam yang sentiasa mencari peluang untuk menakluki Melaka. Suasana aman damai menarik minat pedagang-pedagang luar untuk singgah berdagang.