Contact Form

 

PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA  
            Nur Ilyana Natasha Binti Shariff
           Pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah Parameswara, seorang putera raja Palembang. Melaka diasaskan sekitar tahun 1400.Palembang terletak di timur Sumatera dan pernah menjadi pusat kerajaan Srivijaya.Palembang berada dalam kekuasaan Majapahit.
          
           Apabila kerajaan Majapahit mula berpecah belah,Parameswara mengambil kesempatan untuk membebaskan Palembang. Usaha Parameswara gagal dan beliau terpaksa meninggalkan Palembang. Parameswara dan pembesar serta orang Laut yang taat setia kepadanya melarikan diri ke Temasik apabila tentera Majapahit menyerang Palembang. Beliau menerima sambutan yang baik daripada Raja Temasik iaitu Temagi.

            Parameswara tertarik dengan Temasik dan ingin memilikinya. Pada masa itu, Temagi di bawah penguasaan Raja Siam.Parameswara membunuh Temagi dan dah menjadi pemerintah Temasik. Oleh sebab Parameswara telah membunuh Temagi, Raja Siam menghantar tenteranya untuk memburu Parameswara.

           Parameswara melarikan diri ke Muar. Kemudian Parameswara dan pengikutnya berpindah ke Sening Ujong dan Bertam menuju ke Utara. Mereka kemudiannya tiba di perkampungan nelayan yang berhampiran dengan laut.

          Penduduk di situ terdiri daripada orang melayu,orang laut dan orang asli.Pengikut Parameswara mencadangkan supaya mereka menetap di situ. Kawasan itu mempunyai kedudukan yang baik dan berpotensi menjadi pusat perdagangan  kerana muara sungainya sangat dalam dan sesuai sebagai laluan kapal dagang.
      

         Bentuk muka buminya berbukit-bukau boleh dijadikan petunjuk kepada pelayar.Pokok bakau dan api-api menjadi benteng pertahanan dan pelindung semula jadi.Muara sungainya terlindung daripada tiupan angin monsun. Parameswara telah menubuhkan kerajaannya di kawasan tersebut. Parameswara menamakan tempat tersebut sebagai Melaka.

Total comment

Author

Unknown

4   comments

thanks for the imformation. it helps me to know about malaysia history
thanks for doing this... its make my work easier

Cancel Reply